Soalan Lazim

Berikut antara soalan yang sering diajukan kepada kami:-

S: Siapa AZIZ TOPUP ni?
J: AZIZ TOPUP merupakan agen sah yang berdaftar dengan server A&A Mobile yang diterajui oleh ZM Easy Mobile (KT0230033-M). Server A&A Mobile merupakan server terbaru dengan plan pemasaran yang hebat pernah dikeluarkan oleh ZM Easy Mobile. AZIZ TOPUP dikendalikan dan diurus oleh Mohd. Azizwan Bin Rusli yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan topup seperti yang ditawarkan ini.

S: Apakah teras perniagaan ini?
J: Perniagaan ini adalah real-biz dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjual topup boleh menyertainya. Sebagai ejen, anda boleh menjual produk mudah-alih yang ditawarkan oleh syarikat tanpa perlu membuka kedai dan menyimpan stok. Produk yang ditawarkan adalah prepaid topup seperti Celcom, Maxis, DiGi, uMobile, XOX, iTalk, Tune Talk, Clixster dan tambah nilai Astro NJOI.

S: Kenapa ada banyak pakej yang ditawarkan?
J: Perbezaan pakej yang ditawarkan adalah untuk memberi peluang kepada semua orang untuk menyertai perniagaan ini mengikut kemampuan masing-masing. Misalnya mereka yang baru hendak bermula, mereka boleh ambil pakej yang rendah terlebih dahulu dan upgrade kemudian (bayaran upgrade dikenakan). Bagi yang berani dan serius pula, sudah tentu mereka mahukan pakej yang boleh memberi mereka pulangan lumayan.

S: Berapa modal diperlukan untuk menjalankan perniagaan ini?
J: Modal mengikut kemampuan dan keperluan urusniaga anda. Jika untuk kegunaan peribadi sebagai kemudahan sahaja, memadai mengikut penggunaan topup anda setiap bulan. Jika untuk perniagaan pula, lihat pada permintaan. Untuk percubaan, RM200 sahaja sudah cukup. RM100 pun tidak mengapa kerana admin sendiri pernah bermula dengan modal sekecil ini. Jika habis, anda rolling sahaja modal tersebut kerana dengan adanya 3 bank yang disediakan untuk tambah modal, urusan anda dipermudahkan lagi-lagi jika anda mempunyai internet banking.

S: Bagaimanakah hendak mendaftar menjadi agen?
J: Untuk menjadi agen, anda perlulah memilih pakej terlebih dahulu. Lihat senarai pakej yang ditawarkan di sini. Sesudah itu, buat pembayaran pendaftaran mengikut harga yang ditetapkan kepada pihak kami untuk didaftarkan ke dalam database syarikat.

S: Saya sudah membuat pembayaran pendaftaran, bagaimana saya tahu yang saya telah didaftarkan?
J: Pendaftaran akan diuruskan secepat mungkin, kebiasaannya kurang dari 10 minit pendaftaran sudah selamat diproses dan berjaya. Namun tidak mustahil ianya akan mengambil sedikit masa. Pendaftaran berjaya apabila anda menerima SMS pengesahan daripada syarikat yang mana pada SMS tersebut terkandung no ID dan password anda.

S: Saya pengguna postpaid, bolehkah saya menyertai perniagaan ini?
J: Tentu saja boleh kerana anda masih berpeluang menjual prepaid topup tersebut kepada mereka yang menggunakan prepaid atau dengan mendaftarkan agen (downline) baru. Anda akan menikmati komisen dan ganjaran hasil dari penjualaan dan penajaan anda termasuk bonus overriding hasil dari pembelian produk daripada downline anda. Cuma anda sendiri tidak berpeluang menikmati penjimatan kad prepaid kerana anda membayar bil telefon bimbit anda secara postpaid. Itu sahaja bezanya.

S: Saya bekerja @ belajar dan tidak mempunyai banyak masa untuk perniagaan ini, bagaimana hendak mengurusnya?

J: Ramai daripada mereka yang menjalankan perniagaan ini bekerja atau belajar sepenuh masa. Ini bukanlah penghalang kepada anda untuk berjaya kerana konsep mobile perniagaan ini membolehkan anda menguruskannya secara sambilan. Ingat, tiada barangan fizikal yang perlu diangkut dan disimpan di gudang, tidak perlu menyewa premis perniagaan, tidak perlu melawat rumah ke rumah.

Permintaan topup memang sedia wujud dan ia merupakan satu keperluan untuk pemilik telefon bimbit. Malah anda tidak perlu bersusah payah membuat produk demo untuk meyakinkan bakal pelanggan anda seperti perniagaan MLM konvensional.

Fikirkan, mengapa anda pergi ke kedai telefon untuk membeli reload sedangkan anda boleh reload telefon anda sendiri dan sekaligus menambah pendapatan? Sebagai ejen, anda akan menikmati penjimatan kad prepaid daripada harga pasaran. Jika anda menjual dan menaja, pendapatan anda akan bertambah berlipat kali ganda.

S: Saya dah sertai syarikat lain, bolehkah saya sertai syarikat ini?
J: Tidak dinafikan, terlalu banyak syarikat yang beroperasi seperti kami di luar sana sekaligus merupakan pesaing kami. Namun, keuntungan jualan yang kami tawarkan adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan keuntungun yang ditawarkan oleh pesaing kami malah plan pemasaran mereka juga hanya menguntungkan syarikat, bukan agen. Jadi jawapan untuk soalan ini, terpulang kepada anda. Tapi dengan keuntungan jualan sehingga 4.80% (Celcom) yang kami tawarkan serta plan pemasaran yang unik dan hebat, kenapa tidak bertukar sahaja kepada kami?

S: Adakah saya perlu mempunyai akaun bank untuk berurus niaga?
J: Secara am-nya, ya. Ini bagi memudahkan proses menerima bayaran pendaftaran kerana konsep perniagaan ini yang mobility ditambah lagi dengan kewujudan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, anda berpotensi mendapat downline dari seluruh negeri. Jika belum ada, bolehlah buka akaun bank baru di mana-mana bank yang anda suka. Dicadangkan Maybank atau CIMB.

S: Apakah yang perlu saya lakukan jika ingin mendaftarkan Agent baru?
J: Untuk mendaftarkan agen baru, anda hanya perlu menghantar arahan SMS kepada server. Sila rujuk bahagian Arahan SMS. Sebelum menghantar SMS pendaftaran, pastikan modal dalam akaun anda mencukupi. Jika tidak cukup, tambah modal dahulu.

S: Apa yang perlu saya lakukan jika modal telah habis?

J: Jika modal telah habis, anda perlu tambah semula (rolling) modal supaya anda boleh membuat pembelian topup dan juga mendaftarkan agen baru. Untuk tambah modal, anda perlu memasukkan wang ke salah satu akaun syarikat seperti yang ditunjukkan di bawah. Tapi sebelum memasukkan wang ke akaun syarikat untuk tambah modal, anda perlu meminta PIN daripada syarikat terlebih dahulu. Rujuk format SMS untuk cara minta PIN.

Akaun syarikat:


Nombor akaun: 553056010247
Atas nama: BenzMobile


Nombor akaun: 8006775264
Atas nama: BenzMobile


Nombor akaun: 03054020425937
Atas nama: Adam Hadzriq Rozlan

Penambahan modal boleh dilakukan setiap hari kecuali dimaklumkan. Waktu penambahan modal bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 7.00 petang. Jumlah minimum untuk penambahan modal adalah RM11 dan modal akan diproses secepat mungkin selepas anda menghantar SMS penambahan modal. Pastikan format SMS tambah modal anda betul agar pihak syarikat dapat menyemak transaksi anda. Kesilapan mungkin melewatkan proses penambahan modal.

S: Jika saya tidak menaja, adakah saya tidak akan mendapat apa-apa bonus?

J: Anda masih mendapat bonus melalui penggunaan sendiri dan penjualan prepaid. Tetapi jika anda ingin mendapatkan pendapatan yang tinggi, anda perlu menaja. Lebih ramai downline anda lebih besarlah ganjaran kewangan yang anda terima. Dengan downline yang ramai, potensi pendapatan overriding (peratus keuntungan dari jualan downline) akan menjadi semakin besar.

Untuk mendapat pulangan yang lumayan sebenarnya tidaklah terletak kepada berapa banyak anda mampu jual atau berapa banyak prepaid yang anda gunakan. Kerana keuntungan jualan runcit samalah seperti anda menjual nasi lemak di pasar malam (single Level Marketing).

Kunci kepada pulangan dan pendapatan bonus bulanan sehingga 4 ke 5 angka adalah terletak kepada tajaan. Ini kerana keuntungan runcit tadi apabila ditambah dengan elaun tajaan, digandakan pula dengan pendapatan overriding, dikala itu anda tidak perlu lagi bersusah-payah di pejabat. Sebaliknya hanya goyang kaki di rumah bersama keluarga. Tiada yang mustahil.


* * *

Soalan-soalan lain yang kami terima:

S: Adakah saya akan mempunyai website promosi seperti website ini?
J: Buat masa ini kami memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan website promosi kepada agen yang berdaftar dengan kami. Namun ianya dalam perancangan. Anda boleh gunakan medium seperti Facebook ataupun Twitter untuk membuat promosi.

_ _ _

P/s: Anda ada soalan yang tidak terjawab? Hubungi kami.